Isnin, 18 Mei 2009

Fitnah

Pekara seperti ini pernah terjadi kira kira 10 tahun yang lepas. Mujurlah bukan orang yang sama. Aku tak pahamlah kenapa korang suka guna nama aku untuk kome lepaskan diri dari disoal ibu bapa. Kalau 10 tahun yang lepas R** buat aku tak kesah sangat sebab sama sama bujang dan tengah meningkat remaja. Pekara biasalah tu kome nak kuar date ngan budak lelaki takut mak kome marah kome guna nama aku sedangkan aku gie sekolah kome gie date.

Tetapi bila hari ni aku dapat tau dari pakcik yang datang hantar gas kat umah aku tadi. aku rasa sedih sangat sebab dalam usia yang di penghujung 20 ni terjadi lagi. Kali ni kawan aku yang dah kawin hampir 10 tahun (dia kawin lepas habis SPM). Guna nama aku kononnya gie berkelah ngan aku untuk tipu suami dan ibu bapa aku rasa sungguh tak patut lah. Pasal apalah N*k ko tipu mak ko cakap kuar ngan aku dan ko tinggalkan anak ko suh mak ko jaga. ko tau tak ko dah tipu suami ko dan mak ko N*k mana gie kesetiaan ko pada suami. belas ehsan ko pada mak ko yang dah dipenghujung usia tu nak bela anak ko lak. dia dah penat dah bela ko masa kecil N*k.

Pernah tak ko terpikir kalau tipu mereka tu dan terjadi apa apa pada ko N*k mcm? anak ko yang baru nak masuk Tadika, suami dan ibu tidak akan mempercayai ko lagi N*k. Sedangkan hari yang sama ko tipu mereka tu aku sedang mencari nafkah untuk keluarga aku N*k. Berjanjilah kau wahai kawan jagan lagi diulangi perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan