Rabu, 20 Mei 2009

Rompakkan

Assalammualaikum...

Ada sesiapa baca paper metro hari ni, terjadi lagi rompakkan keatas syarikat Mahmmod Security. Pada akulah, pihak syarikat kena mengenal pasti sikap pekerjanya. Ini kerana setelah hampir 2 tahun aku dalam bidang yang sama cuma berlainan syarikat. Aku rasa ape yang terjadi pada sykt Mahmmod bukanlah yang pertama. Apa yang aku paham van itu hanya blh dibuka oleh pegawai sahaja itu pun kena guna kunci dan dari luar. voulthing yang terdapat di dalam van tersebut mcm boleh di ketahui oleh pihak luar. 10 juta bukan nilai kecil. Itu duit Rakyat Malaysia. itu bukan duit Mahmmod. kalau korang nak tau Mahmmod tolong kutip kat syarikat tertentu then tlg kira dan bank in kan mengikut bank yang di kehendakki oleh pihak syarikat tersebut. Amanah itu Penting bagi para pekerja sekalian

Selasa, 19 Mei 2009

Pencuri Oh Pencuri

Aku geram sebenarnya dalam masa sebulan ni dah dua kali mereka ceroboh tanah rumah aku. Kesian dekat mak and ayah mereka ni rajin bercucuk tanam tapi tanaman mereka jadi barang untuk dicuri.

Bilalah korang nak sedar dari membuat pekara pekara mcm tu yer. Kenapalah benda haram tu jugak kome nak buat. Ni semua angkara mat mat pit kampung aku yang dah berleluasa. Yang sayangnya semua anak melayu yang dok makan dadah tu. Anak anak cina lak dok jual kat depa yang bodohnya anak melayu tak pandai nak bersyukur kita bangsa melayu duduk di tanah melayu tapi kita dah jahanamkan masa depan kita so, ada ke besok bangsa asing ni nak bantu kita JANGAN HARAP!!!

Berubahlah malu mak pak kome jadi bahan bualan orang kampung

Isnin, 18 Mei 2009

Fitnah

Pekara seperti ini pernah terjadi kira kira 10 tahun yang lepas. Mujurlah bukan orang yang sama. Aku tak pahamlah kenapa korang suka guna nama aku untuk kome lepaskan diri dari disoal ibu bapa. Kalau 10 tahun yang lepas R** buat aku tak kesah sangat sebab sama sama bujang dan tengah meningkat remaja. Pekara biasalah tu kome nak kuar date ngan budak lelaki takut mak kome marah kome guna nama aku sedangkan aku gie sekolah kome gie date.

Tetapi bila hari ni aku dapat tau dari pakcik yang datang hantar gas kat umah aku tadi. aku rasa sedih sangat sebab dalam usia yang di penghujung 20 ni terjadi lagi. Kali ni kawan aku yang dah kawin hampir 10 tahun (dia kawin lepas habis SPM). Guna nama aku kononnya gie berkelah ngan aku untuk tipu suami dan ibu bapa aku rasa sungguh tak patut lah. Pasal apalah N*k ko tipu mak ko cakap kuar ngan aku dan ko tinggalkan anak ko suh mak ko jaga. ko tau tak ko dah tipu suami ko dan mak ko N*k mana gie kesetiaan ko pada suami. belas ehsan ko pada mak ko yang dah dipenghujung usia tu nak bela anak ko lak. dia dah penat dah bela ko masa kecil N*k.

Pernah tak ko terpikir kalau tipu mereka tu dan terjadi apa apa pada ko N*k mcm? anak ko yang baru nak masuk Tadika, suami dan ibu tidak akan mempercayai ko lagi N*k. Sedangkan hari yang sama ko tipu mereka tu aku sedang mencari nafkah untuk keluarga aku N*k. Berjanjilah kau wahai kawan jagan lagi diulangi perkara ini.

Sekapur Sirih Pembuka Bicara

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga blog sekapur sirih ini diwujudkan. Sebagai penguna baru alam blog ini aku mohon tujuk ajar dari kawan kawan semua.